NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis ini akan memberikan garis panduan bagaimana ALPHA IVF & Women’s Specialists Centre (AIWS) gunakan, selanggara dan pendedahan Data Peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kami berusaha sedaya-upaya untuk menlindungi data anda yang disimpan oleh kami. Tanpa Data Peribadi anda, AIWS tidak boleh mendaftarkan informasi anda dan seterusnya tidak mampu memberikan servis jagaan kesihatan kepada anda.

Data Peribadi

Data Perbadi bermakna informasi peribadi anda (nama, alamat, status perkahwinan, nombor telefon, alamat emel, perkerjaan, agama, maklumat akaun bank, butiran kewangan) dan data sensitif seperti informasi medikal (e.g. laporan makmal, jenis darah).

Sumber Data Peribadi

Seterusnya dengan Data Peribadi yang diberikan oleh anda ataupun wakil anda (ibubapa/penjaga, waris) atau perhubungan dengan kami melalui emel dan surat, panggilan telefon dan perbincangan semasa survei – survei dan apabila anda berinteraksi dengan AIWS di ekspo, AIWS akan mengumpul Data Peribadi anda dari beberapa sumber termasuk tanpa had apabila anda daftarkan dengan AIWS sebagai pesakit, pekerja, penjamin, sesiapa pihak ketiga yang berhubung kait dengan anda seperti majikan/ bakal majikan anda, syarikat-syarikat insuran, fasiliti penjagaan kesihatan lain dan sumber- sumber lain yang anda telah berikan izin untuk pendedahan informasi anda.

Tujuan-tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Tujuan-tujuan Data Peribadi yang anda berikan kepada kami secara sukarela mungkin digunakan dan diproses seperti berikut: –

a) untuk servis-servis yang anda sedang terima dan / servis-servis yang dimohon oleh anda b) untuk tujuan insurans, pentadbiran pihak ketiga dan apa-apa pihak ketiga yang lain
c) untuk respon kepada inkuiri dan maklum balas anda
d) untuk komunikasi dengan anda mengenai servis kami sekarang / akan datang dan / atau acara- acara

e) untuk penilaian kebolehpercayaan kredit anda dan proses pembayaran-pembayaran berkait dengan anda
f) untuk aktiviti-aktiviti operasi dan dalaman tadbiran
g) untuk rekod-rekod audio untuk audit kualiti

h) untuk mencegah jenayah (seperti liputan CCTV)
i) untuk siasatan, laporan, pencegahan dan seterusnya berkait dengan apa-apa aktiviti jenayah
j) untuk tujuan penguatkuasaan hak legal kami dan / atau menggunakan khidmat guaman k) untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan- peraturan, garis panduan dan / atau pihak kawal-selia relevan.

Pendedahan kepada Pihak – Pihak Ketiga

AIWS akan mendedahkan Data Peribadi anda kerana:-
a) Badan-badan kawal-selia seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, EPF, PERKESO, agensi-agensi penguatkuasa dan badan berkanun atau berkuasa lain.
b) syarikat-syarikat insurans, syarikat-syarikat kad kredit, pihak majikan pesakit, penjamin- penjamin dan / atau agensi – agensi laporan kredit / syarikat-syarikat pengurusan data kredit, institusi-institusi kewangan, majikan semasa / berpotensi / pihak-pihak luar setaraf
c) untuk situasi dimana pesakit dipindahkan ke hospital awam / swasta lain
d) ibubapa / penjaga pesakit bawah umur
e) Pihak – pihak pembekal perkhidmatan teknologi, kontraktor-kontraktor, pihak pembekal atau penjual yang memberi perkhidmatan kepada AIWS.
f) Pihak audit luar, penasihat legal dan / atau penasihat kewangan atau pihak ketiga yang diwajibkan oleh undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, subpoena atau proses legal lain.
g) Badan – badan akreditasi semasa tinjauan
h) Apabila ada risiko yang serius dan bakal melanda kebajikan anda
i) Apabila ada kos yang belum dibayar, apa-apa informasi berkaitan dengan hutang yang dirasakan perlu didedahkan tanpa sebarang notifikasi dari masa ke semasa.

Pengekalan Data Peribadi

Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan spesifik yang dikumpulkan. Pengekalan Data Peribadi adalah berdasarkan kepada garisan panduan AIWS, prosedur dan prinsip-prinsip atau menurut kepada kerperluan legal, dalaman dan kawal-selia. Apabila tujuan sudah dicapai, Data Peribadi akan dilupuskan ataupun dihapuskan secara kekal menurut polisi perlupusan AIWS.

Ketepatan informasi

Anda bertanggungjawab memberikan sebarang perubahan Data Peribadi kepada kami dan memastikan perubahan adalah tepat dan kemaskini. Anda boleh berbuat demikian menerusi Borang Penukaran Data Peribadi yang disediakn di Pusat kami.

Penukaran Notis

AIWS mempunyai hak untuk mengubah Notis ini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis dahulu. Kami menasihatkan anda semak Notis secara rutin. Versi notis Inggeris akan didahulukan jika berlaku sebarang percanggahan versi bahasa Inggeris dan bahasa lain-lain.

Akses dan Pembetulan Data Peribadi

Anda boleh memohon untuk akses dan / atau pembetulan Data Peribadi anda. Sila dinasihatkan bahawa kami mempunyai hak untuk menolak permohonan anda untuk akses dan / atau membuat pembetulan Data Peribadi anda dibawah undang-undang dan / atau keselamatan para pesakit kami (sebagai contoh apabila kami tidak boleh memastikan identiti sebenar anda)

Sebarang inkuiri atau permohonan untuk akses atau kemaskini Data Peribadi atau menarik balik keizinan, haruslah menghubungi jabatan yang menyediakan perkhidmatan atau Pengurus Pusat dengan nombor 603-6141 6166 ataupun emel enquiry@alphafertilitycentre.com.my

Pesakit-Pesakit Kurang Berdaya

Pesakit-pesakit kurang berdaya termasuk sesiapa yang disahkan sebagai mempunyai mental kurang berdaya secara medikal atau tidak berdaya secara legal ataupun dia adalah bawah umur yang belum mencapai 18 tahun. Jika Data Peribadi tersebut diberikan kepada AIWS, anda sebagai penjaga legal bersetuju dengan proses Data Peribadi Pesakit Kurang Berdaya dan menerima dan bersetuju dengan Notis ini dan bertanggungjawab dengan pesakit tersebut ataupun apa-apa tindak-tanduk pesakit tersebut.

Share this post

Whatsapp Us Button